Carian Kontraktor CIDB

Carian Kontraktor CIDB

Carian Kontraktor CIDB secara online bagi syarikat yang ingin mengesahkan status Lesen Kontraktor CIDB mereka dengan menggunakan portal dalam talian CIMS adalah seperti berikut.

Bagaimanakah proses Carian Kontraktor CIDB secara dalam talian?

Bagi sesiapa yang ingin membuat Carian Kontraktor CIDB secara dalam talian, berikut adalah 5 langkah mudah yang boleh anda ikuti.

Langkah 1: Kunjungi Laman Web CIDB

Langkah pertama ialah melayari laman web CIDB, yang menyediakan pelbagai maklumat mengenai industri pembinaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh CIDB.

Langkah 2: Skrol ke bawah dan klik pada “Carian Kontraktor”

Pada halaman tersebut, skrol ke bawah dan cari pautan berlabel “Carian Kontraktor“. Klik pada pautan ini untuk dibawa ke halaman carian bagi kontraktor yang berdaftar di bawah CIDB Malaysia.

Langkah 3: Semak Maklumat Kontraktor

Langkah 3

Di halaman carian kontraktor ini, anda boleh membuat carian berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:

  • Nama Kontraktor
  • No. Pendaftaran CIDB
  • Gred
  • Negeri
  • Daerah
  • Jenis
  • Kategori
  • Pengkhususan
  • Validity ( All / Valid / Expired )

Langkah 4: Klik “Carian” untuk Semak Kontraktor

Setelah mengisi maklumat berkaitan kontraktor, klik butang “Carian” untuk memulakan pencarian. Sistem akan memproses maklumat anda dan memaparkan maklumat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.

Langkah 5: Semak Status Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB

Langkah 5 - Semak Status Kontraktor yang berdaftar

Selepas proses pencarian selesai, sistem akan memaparkan maklumat kontraktor mengikut kategori seperti berikut:

  • Nama Kontraktor
  • Gred
  • Negeri
  • Daerah
  • No. Telefon
  • No. Faks
  • PPK
  • SPPK
  • STB
  • Paparan

Untuk mendapatkan data Carian Kontraktor CIDB dengan lebih terperinci, anda boleh klik pada pautan “Paparan” yang disediakan melalui hasil carian tersebut. Paparan tersebut akan memberikan maklumat yang lebih terperinci berkenaan kontraktor.

Paparan Kontraktor Berdaftar CIDB
  • Nama Syarikat / Kontraktor
  • Alamat berdaftar Kontraktor
  • No. Telefon Kontraktor
  • No. Faks Kontraktor
  • Alamat surat menyurat Kontraktor
  • No. Pendaftaran PPK
  • Tarikh Pendaftaran Ahli CIDB
  • Tarikh Luput Ahli CIDB
  • Gred Pendaftaran
  • Kategori kerja yang dipohon
  • Bidang kerja mengikut kategori
  • Status tindakan tatatertib (PPK)
  • Status tindakan tatatertib (SPKK)
  • Status tindakan tatatertib (STB)
Kontraktor CIDB

Carian Kontraktor CIDB secara dalam talian membolehkan pengguna mengesahkan status semasa kontraktor yang berdaftar dengan mudah dan cekap. Ini memastikan bahawa mereka mematuhi keperluan industri dan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan.

Ingin Daftar, Renew, Naik/Turun Taraf & Kemaskini Syarikat? Klik dibawah!

Perlukan bantuan hubungi kami

Call kami sekarang: +60 11-1218 6031