Contact Us: +60 17-640 7841
Semak Kontraktor CIDB
Semak status Kontraktor CIDB anda secara online, bagi syarikat yang ingin mengesahkan status Lesen Kontraktor CIDB mereka dengan menggunakan portal dalam talian CIMS seperti yang tertera dibawah.
Bagaimana Semak Kontraktor CIDB Secara Dalam Talian
Bagi sesiapa yang ingin Semak Kontraktor CIDB secara dalam talian, berikut adalah 5 langkah mudah yang boleh anda ikuti.
Langkah 1: Lawati Laman Web CIDB
Langkah pertama adalah melawat laman web CIDB, yang menawarkan pelbagai maklumat mengenai industri pembinaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh CIDB.
Langkah 2: Skrol ke bawah dan klik pada “Carian Kontraktor”
Pada halaman tersebut, skrol ke bawah dan cari pautan berlabel “Carian Kontraktor“. Klik pada pautan ini untuk dibawa ke halaman carian bagi kontraktor yang berdaftar di bawah CIDB Malaysia.
Langkah 3: Carian Maklumat Kontraktor
Di halaman carian kontraktor ini, anda boleh membuat carian melalui beberapa kriteria seperti :-
- Nama Kontraktor
- No. Pendaftaran CIDB
- Gred
- Negeri
- Daerah
- Jenis
- Kategori
- Pengkhususan
- Validity ( All / Valid / Expired )
Langkah 4: Klik “Carian” untuk Semak Kontraktor
Setelah mengisi maklumat berkenaan kontraktor, klik butang “Carian“ untuk memulakan carian. Sistem akan memproses maklumat anda dan memberikan maklumat kontraktor yang berdaftar dengan CIDB.
Langkah 5: Semak Status Kontraktor yang berdaftar
Selepas proses carian selesai, sistem akan memaparkan maklumat kontraktor mengikut kategori seperti berikut :-
- Nama Kontraktor
- Gred
- Negeri
- Daerah
- No. Telefon
- No. Faks
- PPK
- SPPK
- STB
- Paparan
Untuk melibatkan status Kontraktor yang berdaftar dengan CIDB dengan lebih terperinci, anda boleh Klik pautan “Paparan” yang disediakan melalui carian yang telah disediakan. Paparan tersebut memberikan maklumat yang lebih terperinci berkenaan
- Nama Syarikat / Kontraktor
- Alamat berdaftar Kontraktor
- No. Telefon Kontraktor
- No. Faks Kontraktor
- Alamat surat menyurat Kontraktor
- No. Pendaftaran PPK
- Tarikh Pendaftaran Ahli CIDB
- Tarikh Luput Ahli CIDB
- Gred Pendaftaran
- Kategori kerja yang dipohon
- Bidang kerja mengikut kategori
- Status tindakan tatatertib bagi Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
- Status tindakan tatatertib Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)
- Status tindakan tatatertib Sijil Taraf Bumiptera (STB)
Semakan Kontraktor CIDB dalam talian ini membolehkan pengguna mengesahkan status semasa kontraktor yang berdaftar dengan mudah dan cekap, memastikan mereka mematuhi keperluan industri dan mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan.
Ingin Daftar, Renew, Naik/Turun Taraf & Kemaskini Syarikat? Klik dibawah!
Perlukan bantuan hubungi kami
Call kami sekarang: +60 11-1218 6031