Cara Renew Kad Hijau CIDB

Cara Renew Kad Hijau CIDB Online: 7 Langkah & Panduan Mudah

Pengenalan

Sebelum kami menerangkan cara renew kad hijau CIDB, anda perlu tahu terlebih dahulu bahawa semua pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja binaan dikehendaki untuk mendaftar dengan CIDB sebagai Personel Binaan dan memegang Kad Hijau CIDB mulai 1 Jun 2015.

Jika anda telah memiliki Kad Hijau tersebut tetapi ia telah tamat tempoh, anda perlu memperbaharui Kad Hijau CIDB anda supaya anda berhak mendapatkan perlindungan di bawah Pelan Takaful Personel Binaan Berkelompok CIDB apabila berlaku kemalangan di tapak binaan. Anda boleh buat tuntutan melalui laman pautan CIDB ini “Insurance Claims Submission Verification Form. Berikut adalah langkah-langkah untuk memperbaharui Kad Hijau CIDB melalui Rentakabiz.com.

Cara Renew Kad Hijau CIDB Online

Langkah 1: Layari Laman Web RentakaBiz.com

Layari laman web RentakaBiz.com untuk proses pembaharuan kad hijau CIDB anda. Pada halaman utama, anda akan melihat tiga pilihan, iaitu “Servis Kad Hijau CIDB”, “Servis Lesen Kontraktor CIDB” dan “Servis Penghantaran”. Klik pada pilihan Servis Kad Hijau CIDB.

Laman Web RentakaBiz

Langkah 2: Pilih Jenis Permohonan

Anda diminta untuk membuat pilih permohonan terlebih dahulu. Jika anda adalah warganegara Malaysia, klik butang permohonan dan pilih “Pekerja Tempatan” dan jika anda adalah pekerja asing, klik butang permohonan dan pilih “Pekerja Asing”.

Masukkan nama penuh anda beserta nombor telefon. Pastikan nombor telefon anda bermula dengan digit ’60’ (Cth: 60123456789).

Pilih “Renew Kad Hijau CIDB” dan klik butang “Daftar Sekarang!”.

Servis K

Langkah 3: Isi Maklumat Pada Borang Permohonan Renew Kad Hijau CIDB

Setelah anda membuat pilihan melalui “Pekerja Tempatan”, anda perlu mengisi borang permohonan yang disediakan dengan maklumat peribadi anda dan maklumat pewaris seperti dibawah.

Ingatlah bahawa permohonan pembaharuan kad hijau CIDB hanya akan diproses jika maklumat yang diberikan adalah tepat. – Cara Renew Kad Hijau CIDB

Renew Kad Hijau CIDB (Malay Page)

1. Maklumat Pemegang Kad

Maklumat peribadi bagi permohon pemegang kad.


Kad Pengenalan

Sebelum muat naik (upload), sila rujuk contoh Salinan Kad Pengenalan mengikut garis panduan CIDB seperti lampiran yang tertera dibawah!!

Salinan IC untuk Kegunaan CIDB

Pastikan PALANG yang dibuat keatas Salinan Kad Pengenalan anda tidak menggangu NO. KAD & juga GAMBAR anda!!

2. Maklumat Pewaris

Maklumat pewaris bagi permohon pemegang kad.


3. Status Majikan

Maklumat terkini berkenaan majikan anda.


4. Tempoh Pembaharuan & Pembayaran

Pilihan tempoh pembaharuan dan pembayaran.


Bank:  CIMB Bank Berhad
A/C Name:  RENTAKA TRADING & SERVICES 
A/C Number:  8-6049-0669-1

Langkah 4: Tempoh Pembaruan & Pembayaran

Anda diminta untuk membuat pilihan tempoh renew kad hijau CIDB anda. Selepas itu anda boleh memilih kaedah pembayaran secara online (FPX) iaitu melalui ToyyibPay dan pembayaran secara manual melalui maklumat bank yang tertera.

Jika anda TIDAK mempunyai perbankan dalam talian, anda boleh menghantar emel kepada kami di [email protected] atau menghubungi / Whatsapp kami di talian +60 17-349 0959. Kami akan membantu anda dengan proses tersebut.

Tempoh Pembaharuan & Pembayaran

Langkah 5: Pembayaran Melalui Online Banking (FPX)

Jika anda memilih untuk bayaran secara online, anda diminta unutk pilih “Online Banking (FPX)” melalui pilihan yang terdapat di “Kaedah Pembayaran”. – Cara Renew Kad Hijau CIDB

ToyyibPay - Renew Kad Hijau 1 Tahun

Langkah 6: Terima Pas Sementara

Setelah pembayaran dilakukan, anda akan menerima resit pembayaran melalui emel yang mengesahkan bahawa anda telah membuat pembayaran.

Selepas pembayaran dibuat kepada pihak kami, anda akan menerima Pas Sementara dari kami dalam masa 3-4 hari waktu bekerja ( tidak termasuk Sabtu dan Ahad ) melalui email yang anda isi melalui emel seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan.

Pas sementara ini sah untuk digunakan sebagai akses ke tapak binaan. Berikut adalah contoh pas sementara yang akan anda terima. – Cara Renew Kad Hijau CIDB

Pass Sementara

Langkah 7: Terima Kad Hijau CIDB

Setelah Kad Hijau CIDB anda telah berjaya diperbaharui, Kad baru akan dihantar dari pihak CIDB kepada anda dalam tempoh 60 hari waktu bekerja mengikut alamat yang diberi oleh pihak anda.

Terima Kad Hijau CIDB

Kesimpulan

Berikut disimpulkan langkah-langkah cara renew kad hijau cidb secara online dengan mudah dan pantas.

Jika ada ingin menggunakan servis lain seperti daftar kad cidb beserta khusus atau gantian kad hijau cidb yang hilang ataupun rosak, anda boleh klik butang servis dibawah.

Perlukan servis CIDB? Klik di bawah

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *