Contact Us: +60 17-640 7841
Borang Pendaftaran Baru
Borang Daftar Kad Hijau CIDB + Kursus (Permohonan Baru)
Info Daftar Kad Hijau CIDB
Daftar Kad Hijau CIDB + Kursus / Ahli Baru ( Tidak Pernah Ada CIDB )
Berikut dinyatakan senarai bagi pendaftaran baru kad hijau CIDB bagi sesiapa yang tidak pernah ada CIDB sebelum ini. Dinyatakan perkara seperti dibawah:
- Untuk Daftar Baru Kad Hijau CIDB + Kursus bagi yang tidak pernah ada sebelum ini perlu menjalani kursus secara fizikal terlebih dahulu. ( Kenali Kad Hijau / Kad Pintar Personel Binaan CIDB )
- Kursus secara fizikal akan dijalankan selama 6 ke 8 jam bg 1 sesi. Kursus akan bermula seawal 8am dan akan di bagi masa rehat sebanyak 2 kali oleh pelatih.
- Setelah kursus tamat peserta akan mendapat SIJIL digital kehadiran pada keesokkan harinya (melalui Whatsapp).
- Pendaftaran kursus mesti dilakukan secara dalam talian melalui platform kami.
- Untuk mendaftar mestilah 3 -5 hari lebih awal dari tarikh kursus yang telah dijadual (termasuk pembayaran keseluruhan)
- Berikut julat harga bagi yuran permohonan baharu Kursus & Kad Hijau CIDB.
- Kursus + 1 Tahun Tempoh Kad = RM 150.00 ~ RM 200.00
- Kursus + 2 Tahun Tempoh Kad = RM 185.00 ~ RM 235.00
- Kursus + 3 Tahun Tempoh Kad = RM 235.00 ~ RM 285.00
- Kursus + 4 Tahun Tempoh Kad = RM 275.00 ~ RM 325.00
- Kursus + 5 Tahun Tempoh Kad = RM 310.00 ~ RM 350.00
**Perbezaan harga yang ditawarkan bergantung kepada vendor pusat latihan setiap negeri.
Jika anda mempunyai “Sijil / Kad“ bagi kursus yang dinyatakan seperti dibawah, anda dikecualikan untuk mengambil Program Kursus Kad Hijau CIDB (SICW).
- NIOSH – Nestle Safety Passport (NNSP)
- NIOSH – OM Materials Safety Passport (NOMSP)
- NIOSH – Port Safety Passport (NPTSP)
- NIOSH – TENAGA Safety Leader Passport (NTSLP)
- NIOSH – TENAGA Safety Passport (NTSP)
- NIOSH – TM Safety Passport (NTMSP)
- Oil and Gas Safety Passport (OGSP)
- Air Kelantan Safety Card (AKSC)
- Air Selangor – NIOSH Safety Passport (ANSP)
- ‘Blue Card Safety Induction’ SHE KVMRT
- Contractor Safety Passport System All Risks Work (CPSAR)
- E-Idaman Safety Passport (EISP)
- Expressway Operations Safety Passport (EOSP)
- GAMUDA Construction SHE Passport (GCSP)
** Bagi yang pernah ada kad tapi sudah tamat tempoh melebihi 10 tahun dan ke atas diwajibkan mengambil kursus semula.
** Pas Sementara dari pihak CIDB akan dihantar oleh kami dalam masa 3 – 4 hari waktu bekerja (tidak termasuk hari Sabtu & Ahad) selepas kursus dijalankan.
** Kad baru akan dihantar dari pihak CIDB kepada peserta dalam tempoh 60 hari waktu bekerja mengikut alamat yang diberi oleh pihak pelanggan.
Anda Ingin Renew CIDB atau Ganti Kad? Klik dibawah
Perlukan bantuan hubungi kami
Call kami sekarang: +60 17-349 0959